~How time flies~

Sudah bertahun tidak mengupdate blog.Mimpi ape xtahu rasa nak menulis blog la plak..

(Byk bende dan kisah di sepanjang kesunyian tidak mengupdate blog ni, yang pastinya byk yang pahit, sedih, kecewa, happy dan yg tidak terduga.Kenalan rapat mungkin tahu, I guess).....

Hari ni masuk hari ke-4 Bushra demam. demamnya on off. Rasanya demam sebab nak tumbuh gigi geraham.nampak bengkak kiri dan kanan gusi. Ada gigi geraham means dh boleh makan benda yg lebih keras dgn mudah.Good for You my dear! Skrg dia tengah tidur berpelukan dgn abinya selepas makan ubt demam, batuk dan selesema. Nyenyak betul...Tahun ni kami sambut raya haji di rumah kakakku yg tersayang, Kak Nor di Ipoh Perak. Plan nak balik raya di Trg, tp cuti hanya 3 hari jadi xberbaloi nak balik, nati buln 11 nak blik lg untuk kwen my best frind, PEAH. Tahniah Ah Pek.(nama manja peah yg aku suka2 hati je panggil).

Nothing much we do for this raya, masak, makan, dan layan tetamu..plan nak p Cameron esok tp xsure jadi x memandangkan bushra demam dan batuk teruk.Hope she will get well soon.amin. Please pray for her.

23 Oktober lepas was my hubby's birthday. We (aku n Upi) had surprised him with chocolate cake yg rasa mint which rasanya not bad. Sambut birthday hubby tahun ni bersama keluarga Abg Faizi yang kebetulan tidur di rumah kami malam tu. Abg FAizi balik msia sekejap utk raya haji. Diorg dh lama stay kat UK sbb Kak Ijan keje kat sana. Diorg mmg sporting mmg syok spending time with them.

Birthday Present??
Hubby mmg suka kamera, mmg tidak dapat dinafikan lagi. Oleh kerana kamera die telah dijual kpd abg aku, jadi sudh beberapa bulan hubby tidk berkamera. So, sempena birthday, n dpt Phd, we share to buy Canon 5D. Happy la org tu kan. =)..Tiada apa yang menggembirakan hati melihat org tersayang happy kan..






Sblum ni kami ada plan nak buat photoshoot utk pengantin or any occasion. So, feel free to contact us for your wedding photography or others k.(ala2 promote la jgak kan entry ni)

32 weeks=29cm

Termasuk hari ni, baby dh more and less 32weeks n 2 days..semalam appointment dgn midwife, midwife cakap baby kecik, it supposed to be 32cm in 32 weeks, tp baby 29 cm. Risau pulak dengar, tapi rasanya midwife ckp tu ikut rate scottish. scottish baby mmg besar tgk la mak ayah die.. lahiir2 dah 5 kg.kalau malay baby besar tu lahir, confirm masuk paper ni..so, disebabkan baby kecik, jumaat ni kena scan baby balik nak tgk perkembangan baby.serius risau..harap2 semuanya ok. sebenarnya aku xprefer sangat nak scan. sbb scan ada kesan xelok untuk baby. tp fikir2 balik, hari tu termissed scan yg first so yg ni kira ganti yang haritu la..harap baby ibu sihat, sempurna dan membesar dengan baik..

bile check2 jadual. 3 minggu dalam pantang, ada presentation. presentation ada dlm 2 hari je..kira kalu nak tukar2 xboleh la..semua ken apresent dlm 2 hari tu..Ya Allah..berikanlah aku kekuatan..Kadang2 rasa dah xkuat dah nak teruskan perjuangan ini..tapi sangat2 bersyukur dan bertambah sikit kekuatan bila hubby cakap, "hubby kan ada"..kawan2 pun sangat supportive..terima kasih semua..xsabar nak habis study n grad!!..it's not easy!!that the words i always say when people ask me about study while pregnant.

semoga semuanya dipermudahkan..amin yaAllah..

-menunggu ketibaan kwn2 hubby dari malaysia: Mirza n Faizal..Welcome to Dundee..=)-

Usrah




semalam pergi usrah. usrah kali ni dibuat di rumah kak ina abg zahir di Step ROw. Dan seperti biasa, bile ada usrah msti nak tahu juadah ape yg perlu dipotluck. So, menu nya adalah Nasi Pilau, Pasembor, kek dan kuih Lopez. Aku buat kuih LOpez yg xtahu la ape rasanye (xberapa sdap), mknn lain dibwk sorg sikit dan semuanya sangat sedap2..org kmd mmg sngat berbakat dalam bab masak memasak ni.. so, ape lagi, aku tidak ketinggalan untuk ambil rsepi tapi kdg2 je buat rsepi yang diambil tu..hihi..malas betul..

usrah kali nni dimulakan dengan membaca 5 ayat seorang dari surah al-baqarah bermula dari ayat 34-65. Kesimpulan dari ayat ini adalah cerita tentang keperibadian bani Israel, firaun dan nabi MUsa.. Ada satu you tube terkini yang meceritakan kewujudan mayat firaun yang telah diceritakan dlm al-Qur'an yang mana mayatnya telah dipreserve dan akan dijumpai di masa akan datang untuk menjadi iktibar dan pengajaran hari ini. Ada scholars yg dh jumpa mayat ini. jadi, terbukti lah ayat2 Allah ini. Subhanallah..

Kemudiannya, usrah diteruskan lagi dengan terjemahan surah al-Mukminun dari ayat 1-10 yang berkisar tentang ciri-ciri mukmin yang berjaya. Terjemahan ini telah disampaikan oleh min, yang dulunya adalah pelajar UIA. Antara ciri mukmin yang berjya adalah:

1) khusyuk dlm solat-bukn senang nak solat dengan khusyuk..sape yg boleh solat dengan khusyuk mmg aku tabik spring kt die.. tp ape2 pn kena berusaha untuk solat dgn khusyuk, banyak tips yang dikongsikan dlm usrah smlm, cthnya menghadirkan hati dlm solat, solat sperti Allah melihat kite, perfectkan dari awl solat smpai ke akhir (dr bersuci smpai la ke wuduk) dll...
sbb tu ada dlm satu ayat quran, xigt dh ayat ape, org yg khusyuk solat adalah org yg sabar..kalau pk2 balik betul sgt..time solat kena sabar dr pikir ape yg nak buat lps solat nt..sabr untuk xfkir ape kite buat td atau cite yg kite tgk td..dan mcm2 lg..


2) mengeluarkan zakat. keluarkan zakat ni pun buknnye sennag.. Lg kaya lg Allah uji dengan sayang pada harta dan xnak bayar zakat..jadi, wlaupun kite hidup sederhana dan xbermewah2 mcm artis, menteri atau sape2 lg yg kaya, kena igt mungkin ini adalag hikmahnye dan jgn menyalahkan takdir kenapa la aku ni dilahirkanuntuk hidup sush..igt semua org kaya tu senang ke..mungkin mereka diuji dgn cara lain.. pokok pangkalnya..jadilah kita orang yang bersyukur..=)

3) menjauhi perkara dan perbuatan yang sia-sia..banyak sgt perbuatan dan perkataan yang sia2 aku buat tiap2 hari kalau dipk2 kan balik.. bile dh xda masa, start kelas nati mula la menyesal kenapa la aku xbaca buku time free2 dulu, duk tgk movie ntah ape2, ngadap fb berjam2..dan mcm2 lg la..huhu..sedih pulak bile pk masa terbuang gitu je..padhal byk sgt perkara berfaedah boleh dibuat..

4)menjaga kehormatan dan lidah. Ada satu hadith, jagalah sesuatu diantara dua rahang dan diantara dua pangkal paha.. semua mesti fhm maksud hadith ni kan..banyak kes berlaku sekrg..yg astaghfirullah dan nauzubillah terjadi kpd ank2 sedra, ank2 aku nt, atau sedara mara..atau semua muslimin dan muslimat..kesnya seperti zina, anak luar nikah dan perbagai lg mslh sosial lain..sbb tu perlunya kels2 agama, usrah2 kpd anak2 muda sbgai satu cara nak elakkan perkara ni dari berlaku..mungkin para guru boleh berpesan perkara ini kpd anak didik yg dikasihi sekalian.

5) menjaga solat-jaga solat dgn solat dengan khusyuk adalah dua perkara yang berbeza. jaga solat cthnya solat di awal waktu, dan solat penuh 5 waktu sehari semalam.dll..aku ni selalu je suka solat di akhir waktu..tp mujur dan alhamdulillah sgt2 lah sbb ak nak solat jemaah dgn hubby,so kena lari cpt2 ambik wuduk bile hubby iqamat..ishh..macamane nak wajibkan diri solat awl2 waktu ni..mmg tahu, sape solat awl, nt di pdg mahsyar dia yang akan dihisab dulu..dan byk lg gnjrn2 lain..tp...syaitan ni kan..kuat betul godaan dia..tgk..nak salahkan syaitan pulak..=P

6) bagi sesiapa yang melakukan kesemua di atas ini, Allah akan memberikan syurga firdaus kepadanya. Apakah syurg afirdaus?syurga firdaus adalah syurga yang paling tinggi dr syurga2 yg lain..dan Allah akan kekalkan mereka didalamnya selama-lamanya..nak x????nak sgt2..jom kita sama2 buat semua yang diatas ni..


xtahu la takut ada yang aku xtullis disini..mitak maaf kalau ada terlebih atau terkrang sbb buku nota yang bwk p usrah smlm tertinggal umah kak ina..ni semua dari apa yang aku igt je..mungkin sape2 yg baca entry ni..boleh cari sources lain jugak..


saya bukan ustazah atau sape2 untuk beri nasihat, tp just nak share n sbnrnye blog ni adalah diary dan moment2 dan aktvt yang aku lakukan spnjg berada diperantauan ini..mungkin ada perkara yang xperlu disebutkan disini tp nak share jugak..hihi..as long as ianya tidak mengaibkan mana2 pihak atau menyakitkan hati sesiapa sahaja makhluk yg baca..hihi..Alhuallam..

Weekend

Weekend minggu ini, aku dan hubby mengajak Ainul dan Zaquan bertandang kerumah., Ainul adalah kenalan dari msia yang dulunya juga study di sini iaitu di University of Glasgow. Boleh dikira diorang ni adalah pasangan pengantin baru sbb baru je kawen dlm kurang dari 6 bulan kot. alang2 dah mengajak Ainul dan Zaquan, turut sekali mengundang kak fa dan ustaz amin satu family dan beberapa kawan satu U, aina, kak su, min dan tidak lupa kak syikin satu family.

Menu yang disediakan adalah yang paling simple dan paling senang didunia iaitu beehoon sup, jangan xpercaya ada moist chocolate cake and popia sekali..tp chocolate cake jd kawah kat tengah2..hihi..tp aku cover buat topping..pastu hubby tya kek kawah dah xde kawah dh..ajaib2..menu Beehoon sup adalah bagi memenuhi permintaan kak fa yang baru join kelab aku..jeng2 kelab ape tu??semestinya kelab bakal ibu la..=)..tahniah kak fa dan ustaz amin dengan kehadiran orang kelima ni..

Alhamdulillah..seronok berborak, kira semua balik dekat pukul 1 pagi jugak la..share cite, mslh dan mcm2 lagi la..lebih seronok dengar kak su cerita mcm2 idea die yang bagi aku, mmg bernas dan boleh dipraktikkan. kak su adalah salah seorang volunteer di khalifah model school dimana anak ustaz hasrizal, saifulislam bersekolah. konsep sekolah ini sememangnya lain dari sekolah2 kebangsaan dan sekolah2 swasta yang lain. harap2, akan dibuka cawangan di Penang juga nanti, sebabnye ada juga berbincang2 dgn hubby untuk hantar 'buah hati kami' (walaupun masih dlm perut) ke sekolah tersebut.

Terima kasih kepada semua kerana hadir dan sudi memeriahkan weekend kami..=)

http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1120-ibu-yang-tidak-pernah-kecewa.html

Lamenyer..

Serious, lamenye xupdate blog..sampai nak update kali ni pn dah xigt dh..knp lama xupdate blog:

-malas
-dh start study
-time is only to catch my breath
-work
-assignment
-letih may be becoz of the 2nd and 3rd trimester pregnancy sign.
-winter made me be sleeping beauty princess.haha..

Newest:
=I have submitted my three essays yesterday. and now just doing nothing to kill my free/boring time.
=24th of january i will start my second sem. (baru perasan same day with my sister's birthday)
=my baby is 29 weeks now. like to kick, very active, and my appetite increased so do my weight.
=quitted from any work.
=hubby is very busy writing and at the same time doing experiment sometimes untill midnite..but, it will be fine when i think that harder you work, quicker to go back to our homeland..=)

-so that about it-
nak bersiap p umah fifah n nadia, member brunei and satu course sbb tersangat bosan kat umah sorang2..sbnrnyer nak p copy cite korea..=)

When it comes to Ramadhan

Ramadhan tinggal 2 minggu lagi. Aku dapat rasakan kelainan Ramadhan kali ini. Ape yang lain nye ye? Lain nye mungkin sebab beberapa hari je aku dapat berpuasa penuh. Memang tahun ni banyak kena ganti puasa. Xda tenaga dan muntah2 ditambah hubby yang xberapa membenarkan untuk aku puasa, so aku memang xdpt menunaikan kewajipan ini. Tapi kalau kat Malaysia aku rasa aku boleh gagah lagi untuk puasa, sebab waktunya lebih singkat. Puasa di time summer memang mencabar, lebih kurang 20 jam kena puasa. ada 4 jam sahaja untuk makan. Bila dengar memang xsanggup, tetapi kelebihan puasa di bulan Ramadhan, sebenarnya tidaklah seletih yang disangka. Dari hari ke hari jumlah masa makin berkurang. Mungkin hari akhir puasa lebih kurang masa berpuasa di Malaysia.Positive Thinking!!=)

Bulan puasa, bulan yang sangat relax dan menjimatkan. Bulan ni beras, ayam, ikan memang xbergerak. Yang kelakarnya bawang xda kat rumah pun boleh xsedar. Nampak sangat dapur xberasap. Hari-hari buka kat masjid. hari-hari makan nasi briyani yang digilir-gilir dengan lamb dan ayam. Xpun roti nan atau chappati. Masakan pakistan memang sedap tapi hari-hari makan benda yang sama rasa boring jugak. So, semalam hubby ajak berbuka kat rumah kalau aku larat nak masak dan aku ok je sbb dah kerinduan lama x masak. Semalam baru lah dapat rasa feeling seorang isteri memasak juadah berbuka untuk suami. hihi.. Sabar je la hubby yea..

Bila bulan puasa teringat kenangan di USM dulu. Cerita yang sama, hari- hari pun buka kat masjid dengan kawan2 yang sangat2 dirindui, Nana, Nisa, Ain dan Zahida.Kadang2 dgn kak mas, kak nurul and kak fath.. Xpun kalau nak tukar selera, share beli lauk dan masak nasi kat bilik. Tapi dessert yang tidak ketinggalan adalah puding Caramel. Memandangkan puding caramel ni mahal, so share jugak la. dan makan sorang sikit..Lepas buka solat terawih sama2 di hujung saf sebelah kanan masjid usm..Huhu..rindu nye time tu.. Bukan buka je kat masjid, sahur pun kat masjid. pagi-pagi buta 2 motor preeennng2 konvoi pergi masjid kadang2 naik NBD..hihi..punya nak berjimat kan..time belajar fhm2 je la, kalau free tu cepat je..

Enough of that.
Hari ni kesunyian sorang2 di rumah, hubby kat Opis berhempas pulas siapkan study. Aku duk umah tengok TV sambil buat latihan math dengan baby. Rasa sangat boring, biasanya kat msia boring2 ni dh p umah jiran p sembang2 mcm orang tua lama..Oooohh..teringat kat semua org di kg.. igt kat ayah yang paling terasa sekali..huhu.sabar2..aku xboleh dengar orang nak balik msia..rasa jeles sangat2. nak balik jugak!!!rindu dengan masakan malaysia dan rindu nak berbuka dengan ayah n family..

Selamat berpuasa dan berbuka dan selamat berqiamullail mencari lailatul Qadar semua..=)..Doakan aku dan baby sihat sejahtera hendaknya..=).insyaAllah amin...













Bile dah dapat keje

Alhamdulillah, hampir 6 bulan di sini, luckily and finally I got the job. Itu la pasal lama x mengupdate blog. Kira boleh nak update blog lepas ni bile weekend je la..hehhe..mengalahkan menteri dah ni..

Sebenarnya sebelum ni aku dh dpt keje, tp aku sempat keje sehari je..kelakar pun ada gak. Tapi memang diakui mmg susah nak keje kat sini, supervisor nak compare dgn level scottish punye keje mmg xboleh la.. Diorang keje mmg sgt2 bagus dan aku xberapa bagus la nak dicompare dengan mereka tu. Memang semangat keje mereka sangat tinggi dan aku kagum sangat. Dalam hati ni terdetik juga nak tiru cara mereka bekerja. Ni projek bile balik malaysia nati kot.. BOleh wat bisnes mcm diorang buat ni..insyaAllah..ini boleh dibincangkan dgn hubby ku yg mmg suka berbisnes jugak ni..Hubby punye bisnes kamera die lagi mantap dari aku punya bisnes beg ni..ish..xboleh jadi ni..=)..hari tu semangat sangat, hangat2 bunga tahi ayam betul la aku ni..Lepas ni upgrade lg ni.. So, dipendekkan cerita aku ambik keputusan berenti la..nati xpasal2 company tu kena tutup sbb aku kan..


Sekarang keje kat optician, sangat ok..alhamdulillah..xpressure. aku cakap siap2 yg aku mmg xda enough experience and I need to be trained first. Diorang ckp okey la cik mek molek.. keje baik2 no..hihi..tu ayat aku la..

Gaji first dah dapat lepas 5 hari kerja. Separuh dari tu siap2 bank in kat ayah. Rasa puas rasa bila dapat bagi lebih sikit kat ayah. Rezeki ayah la tu. Kira cover aku xdapat nak tgk ayah depan mata..Memang kalau cerita pasal ayah mmg sedih sangat, rindu nye la tuhan je yang tahu. Hari tu dah okey la sikit sbb nye set mind yang kitorang nak balik Msia bulan 11 nati sekali dgn my sis in law punye wedding ceremony. Tapi bile tgk tiket melambung, ooohhh..oohhh..kena tahan dulu la kot..Tapi kalau ada rezeki insyaAllah boleh balik jugak nati..amin..

Bile dah dapat keje ni aku sangat2 malas nak kemas umah, umah dah jadi mcm xrupe rumah dah..nasib baik hubby rajin jugak tolong2 vacuum carpet n basuh pinggan sama2.. Kalau x, mmg malu sangat la kalau tetamu dtg rumah..Jadi, warga KMD kalau nak dtg mmg kena text or calling dulu ye..sempat la nak sumbat2 n clear sikit2..hihi..