Usrah




semalam pergi usrah. usrah kali ni dibuat di rumah kak ina abg zahir di Step ROw. Dan seperti biasa, bile ada usrah msti nak tahu juadah ape yg perlu dipotluck. So, menu nya adalah Nasi Pilau, Pasembor, kek dan kuih Lopez. Aku buat kuih LOpez yg xtahu la ape rasanye (xberapa sdap), mknn lain dibwk sorg sikit dan semuanya sangat sedap2..org kmd mmg sngat berbakat dalam bab masak memasak ni.. so, ape lagi, aku tidak ketinggalan untuk ambil rsepi tapi kdg2 je buat rsepi yang diambil tu..hihi..malas betul..

usrah kali nni dimulakan dengan membaca 5 ayat seorang dari surah al-baqarah bermula dari ayat 34-65. Kesimpulan dari ayat ini adalah cerita tentang keperibadian bani Israel, firaun dan nabi MUsa.. Ada satu you tube terkini yang meceritakan kewujudan mayat firaun yang telah diceritakan dlm al-Qur'an yang mana mayatnya telah dipreserve dan akan dijumpai di masa akan datang untuk menjadi iktibar dan pengajaran hari ini. Ada scholars yg dh jumpa mayat ini. jadi, terbukti lah ayat2 Allah ini. Subhanallah..

Kemudiannya, usrah diteruskan lagi dengan terjemahan surah al-Mukminun dari ayat 1-10 yang berkisar tentang ciri-ciri mukmin yang berjaya. Terjemahan ini telah disampaikan oleh min, yang dulunya adalah pelajar UIA. Antara ciri mukmin yang berjya adalah:

1) khusyuk dlm solat-bukn senang nak solat dengan khusyuk..sape yg boleh solat dengan khusyuk mmg aku tabik spring kt die.. tp ape2 pn kena berusaha untuk solat dgn khusyuk, banyak tips yang dikongsikan dlm usrah smlm, cthnya menghadirkan hati dlm solat, solat sperti Allah melihat kite, perfectkan dari awl solat smpai ke akhir (dr bersuci smpai la ke wuduk) dll...
sbb tu ada dlm satu ayat quran, xigt dh ayat ape, org yg khusyuk solat adalah org yg sabar..kalau pk2 balik betul sgt..time solat kena sabar dr pikir ape yg nak buat lps solat nt..sabr untuk xfkir ape kite buat td atau cite yg kite tgk td..dan mcm2 lg..


2) mengeluarkan zakat. keluarkan zakat ni pun buknnye sennag.. Lg kaya lg Allah uji dengan sayang pada harta dan xnak bayar zakat..jadi, wlaupun kite hidup sederhana dan xbermewah2 mcm artis, menteri atau sape2 lg yg kaya, kena igt mungkin ini adalag hikmahnye dan jgn menyalahkan takdir kenapa la aku ni dilahirkanuntuk hidup sush..igt semua org kaya tu senang ke..mungkin mereka diuji dgn cara lain.. pokok pangkalnya..jadilah kita orang yang bersyukur..=)

3) menjauhi perkara dan perbuatan yang sia-sia..banyak sgt perbuatan dan perkataan yang sia2 aku buat tiap2 hari kalau dipk2 kan balik.. bile dh xda masa, start kelas nati mula la menyesal kenapa la aku xbaca buku time free2 dulu, duk tgk movie ntah ape2, ngadap fb berjam2..dan mcm2 lg la..huhu..sedih pulak bile pk masa terbuang gitu je..padhal byk sgt perkara berfaedah boleh dibuat..

4)menjaga kehormatan dan lidah. Ada satu hadith, jagalah sesuatu diantara dua rahang dan diantara dua pangkal paha.. semua mesti fhm maksud hadith ni kan..banyak kes berlaku sekrg..yg astaghfirullah dan nauzubillah terjadi kpd ank2 sedra, ank2 aku nt, atau sedara mara..atau semua muslimin dan muslimat..kesnya seperti zina, anak luar nikah dan perbagai lg mslh sosial lain..sbb tu perlunya kels2 agama, usrah2 kpd anak2 muda sbgai satu cara nak elakkan perkara ni dari berlaku..mungkin para guru boleh berpesan perkara ini kpd anak didik yg dikasihi sekalian.

5) menjaga solat-jaga solat dgn solat dengan khusyuk adalah dua perkara yang berbeza. jaga solat cthnya solat di awal waktu, dan solat penuh 5 waktu sehari semalam.dll..aku ni selalu je suka solat di akhir waktu..tp mujur dan alhamdulillah sgt2 lah sbb ak nak solat jemaah dgn hubby,so kena lari cpt2 ambik wuduk bile hubby iqamat..ishh..macamane nak wajibkan diri solat awl2 waktu ni..mmg tahu, sape solat awl, nt di pdg mahsyar dia yang akan dihisab dulu..dan byk lg gnjrn2 lain..tp...syaitan ni kan..kuat betul godaan dia..tgk..nak salahkan syaitan pulak..=P

6) bagi sesiapa yang melakukan kesemua di atas ini, Allah akan memberikan syurga firdaus kepadanya. Apakah syurg afirdaus?syurga firdaus adalah syurga yang paling tinggi dr syurga2 yg lain..dan Allah akan kekalkan mereka didalamnya selama-lamanya..nak x????nak sgt2..jom kita sama2 buat semua yang diatas ni..


xtahu la takut ada yang aku xtullis disini..mitak maaf kalau ada terlebih atau terkrang sbb buku nota yang bwk p usrah smlm tertinggal umah kak ina..ni semua dari apa yang aku igt je..mungkin sape2 yg baca entry ni..boleh cari sources lain jugak..


saya bukan ustazah atau sape2 untuk beri nasihat, tp just nak share n sbnrnye blog ni adalah diary dan moment2 dan aktvt yang aku lakukan spnjg berada diperantauan ini..mungkin ada perkara yang xperlu disebutkan disini tp nak share jugak..hihi..as long as ianya tidak mengaibkan mana2 pihak atau menyakitkan hati sesiapa sahaja makhluk yg baca..hihi..Alhuallam..

0 comments:

Post a Comment