Aku merindui semua...




Sudah 3 bulan lebih aku di rantauan. Rinduku pada family semakin meluap-luap. Sedih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi itulah adat sebuah pertemuan, yang pastinya ada perpisahan. Dan, begitu jua, bila seorang perempuan atau wanita sudah berkahwin, tempatnya adalah bersama suami. Maka, di sini lah tempatnya aku sekarang, meniti hari bersama hubby tersayang menunggu bile studynya akan habis. Tidak sabar rasanya hati ini ingin pulang ke tanah air bertemu dan berpelukan dengan ayah, abang2 dan kakak2 ku.

Kak Nah, kakakku dah mula menulis komen di facebook, katanya i miss u. Dalam hatiku menjerit, i miss u too!! Kalau la dekat dah lama aku drive balik ke rumah. Mendengar suara ayah di telefon, sayup2. menitis air mata bercucuran, tapi tidak aku tunjukkan rasa sedihku. Malas buat ayah risau.

Adik sihat? tanya ayah. Mahadi mana? Soalan ayah aku jawab satu persatu. Makin banyak soalan ayah makin sebak untuk aku jawab. Aku mengubah topik, topik yang menjadi kegemaran ayah, Lembu ayah macamane? Panjang lebar jawapan ayah. Tersenyum aku mendengarnya.

Sudah la Elly, kuatkan hati..xlama dah, nak balik dah..setahun lebih je lagi!! xlama pun..

alhamdulillah..




Hubby dengan kaktus2


posing sakan semua..=)

Cik2 Kiah ke ni..=)

Alhamdulillah..jawapannya adalah aku xyah ambik IELTS. nasib baik. =)..lega rasa. skrg nak settle referee plak..aku perlukan surat dari referee as confirmation that i was conferred the degree of B. Ed in TESOL. semalam, Dr. Jafre dah balas email untuk dapatkan details. dah ada jawapan dari Dr. Jafre. so skrg just wait for Dr. Mona plak. mintak2 la Dr. MOna boleh tolong aku. huhuhu.

Dalam duk kalut-kalut apply2 study ni. sempat lagi p jalan. maklumlah sangat2 boring asyik duk umah je..Rombongan ke Aberdeen bersama Hubby tersayang, Kak Ika, Kak Syiqin, Ayed n Abg Midi dan Kak Fa satu family yang sampai beberapa jam selepas itu. Kata Kak Ika, ni rombongan Cik Kiah tetapi ada gak kaum Adam ni, kena tukar jadi rombongan Mak cik Kiah n Pat Mat la kot..Aberdeen, mmg satu tempat yang menarik. Perjalanan kira 2 jam dari Dundee. Cuaca sangat baik hari tu, panas tapi sgt2 sejuk sbb anginnya. tahan je la..=). Lepas lepak-lepak kat Duthie Park n Winter Garden. p melawat Kak Najat n baby pinknye, Sofia..sgt cute..

April Ready..






fuuuuhhhh..
sedar x sedar dh buln 4 dah..sekejap je masa berlalu..mungkin xterasa kehadiran buln 4 sebab akhir buln 3 tu banyak keluar dan blik umah bile dh masuk bulan 4 dah kot.

26/3- Menerima kunjungan tetamu dari Durham, Upi (yg dulunya aku panggil Abang Am), Kham dan Hafiz dari Brunei. Ini second time kiranya berjumpa UPi, selepas yg first time kat USM selaku posmen yang menghantar present dari hubby.hehhe..(bile igt balik macam xcaya je..)..anyway ten kiu Upi..=)..dah datang Dundee hubby bawak seme p jln2 area cni..St. Andrews, Broughty Ferry and Dundee Law.. time diorang dtg angin sgt2 kuat dan sgt2 sejuk..tp feel bergambar tu still maintain...=)..so byk la gmbr yg diambil..

2,3 hari selepas itu, bertolak ke Durham dan bermalam di umah Kham semalaman dan esoknya bertolak ke London..ten kiu Kham tumpangkan kami..sgt selesa.. umah di Durham sgt murah berbanding di Dundee. bezanye beratus-ratus pound jugak..mungkin sebab Durham lebih pendalaman,hhhehhe..suke hati aku je..

lepas 4 jam gak kot smpai ke London dari kul 6.30 tolak dari Durham..jauh gak...berkejar-kejar ke xtahu la apa namanya..kira mcm immigration untuk wat visa US hubby. appointment kul 12 kira ngam2 smpai..fuuhh..nasib baik sempat..penat xyah ckp dgn laparnye..lama gak menunggu hubby kat dalam tu, sempat borak dgn Upi pasal kisah cinta nya...hehhehe..=)..dan p window shopping dgn Kham..mak aiii..sgt2 mahal..kasut £300 lebih..kira duit msia rm 1500..gile2..aku beli tudung pashmina, ..yg harganya £5 dapat dua.hehehhe.ole-ole dari London..

Dan esoknya baru la p jalan2 London..kalo kat Msia boleh kata mcm p KL la..mmg busy sgt..smpat la p LOndon Eye, Houses of Parliament, and xtahu nama tmpt tu, (penggambaran cite cinta antara benua dulu)..sempat la mkn kat Malaysian Hall n Brunei Hall yg dulunya dengar namanye je..alhamdulillah..ten kui Hubby!!macam xcaya pn ada gak dah smpai London, ibu negara UK..lebih-lebih lagi datang ke London bukn termasuk dalam impian aku..tp, alhamdulillah sgt..=)


Dah jalan-jalan London, sebelum bertolak pulang, singgah kejap Southall. p Southall mcm kat negara Pakistan pulak, ramai sangat Tok Arab..kata Hafiz, 1/30 la mat saleh kat sini.. cikit sgt..bestnye Southall ni sebab kedai makan halal merata-rata, ada KFC halal..bestnyer..dah lama xmkn KFC..tudung, selendang, kain2 mmg murah kat cni..kalo kat msia, Pashmina 20 lebih kat cni £1 je..dalam duk shopping2 tu, p solat kat surau citu jap, alamak!!jam tangan (hantaran kawen) tertinggal plak kat surau tu..time tu dah smpai ke Brunell University dah (xtahu la betul ke x eja tu)..ish, mak cik Elly ni..boleh plak tertinggal2..so, patah balik...nasib baik ada lg jam tu tersengih kesejukan kat tmpat wuduk.=)
Dan tibalah ke hari ini, baru sempat untuk mengupdate blog setelah lama bercuti x sakit..sangat risau dengan plan aku untuk sambung study. Nak sambung study kena ambil IELTS dulu. lulus ikut die punya level baru boleh sambung study.. Banyak hal pulak dengan IELTS sebab dah last minute ni, kena ambik exam kat centre yang jauh. Tapi Ustaz Nizam cakap try tanya dulu sebab kalau degree dah English xyah ambik dah IELTS. Aku call Al-maktoum bertanyakan pasal ni, kata Mitchell kerani kat situ kot, esok jupe dia bawak result degree seme..So, esok adalah penentunya samada aku kena ambik IELTS ke tak. Ya Allah, mtak2 xpayah ambik..please..amin..










Wahai Muslimahku, Tahukah dikau?


www.iLuvislam.com
shana_alidrus
editor : everjihad



Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.



Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah…..