When it comes to Ramadhan

Ramadhan tinggal 2 minggu lagi. Aku dapat rasakan kelainan Ramadhan kali ini. Ape yang lain nye ye? Lain nye mungkin sebab beberapa hari je aku dapat berpuasa penuh. Memang tahun ni banyak kena ganti puasa. Xda tenaga dan muntah2 ditambah hubby yang xberapa membenarkan untuk aku puasa, so aku memang xdpt menunaikan kewajipan ini. Tapi kalau kat Malaysia aku rasa aku boleh gagah lagi untuk puasa, sebab waktunya lebih singkat. Puasa di time summer memang mencabar, lebih kurang 20 jam kena puasa. ada 4 jam sahaja untuk makan. Bila dengar memang xsanggup, tetapi kelebihan puasa di bulan Ramadhan, sebenarnya tidaklah seletih yang disangka. Dari hari ke hari jumlah masa makin berkurang. Mungkin hari akhir puasa lebih kurang masa berpuasa di Malaysia.Positive Thinking!!=)

Bulan puasa, bulan yang sangat relax dan menjimatkan. Bulan ni beras, ayam, ikan memang xbergerak. Yang kelakarnya bawang xda kat rumah pun boleh xsedar. Nampak sangat dapur xberasap. Hari-hari buka kat masjid. hari-hari makan nasi briyani yang digilir-gilir dengan lamb dan ayam. Xpun roti nan atau chappati. Masakan pakistan memang sedap tapi hari-hari makan benda yang sama rasa boring jugak. So, semalam hubby ajak berbuka kat rumah kalau aku larat nak masak dan aku ok je sbb dah kerinduan lama x masak. Semalam baru lah dapat rasa feeling seorang isteri memasak juadah berbuka untuk suami. hihi.. Sabar je la hubby yea..

Bila bulan puasa teringat kenangan di USM dulu. Cerita yang sama, hari- hari pun buka kat masjid dengan kawan2 yang sangat2 dirindui, Nana, Nisa, Ain dan Zahida.Kadang2 dgn kak mas, kak nurul and kak fath.. Xpun kalau nak tukar selera, share beli lauk dan masak nasi kat bilik. Tapi dessert yang tidak ketinggalan adalah puding Caramel. Memandangkan puding caramel ni mahal, so share jugak la. dan makan sorang sikit..Lepas buka solat terawih sama2 di hujung saf sebelah kanan masjid usm..Huhu..rindu nye time tu.. Bukan buka je kat masjid, sahur pun kat masjid. pagi-pagi buta 2 motor preeennng2 konvoi pergi masjid kadang2 naik NBD..hihi..punya nak berjimat kan..time belajar fhm2 je la, kalau free tu cepat je..

Enough of that.
Hari ni kesunyian sorang2 di rumah, hubby kat Opis berhempas pulas siapkan study. Aku duk umah tengok TV sambil buat latihan math dengan baby. Rasa sangat boring, biasanya kat msia boring2 ni dh p umah jiran p sembang2 mcm orang tua lama..Oooohh..teringat kat semua org di kg.. igt kat ayah yang paling terasa sekali..huhu.sabar2..aku xboleh dengar orang nak balik msia..rasa jeles sangat2. nak balik jugak!!!rindu dengan masakan malaysia dan rindu nak berbuka dengan ayah n family..

Selamat berpuasa dan berbuka dan selamat berqiamullail mencari lailatul Qadar semua..=)..Doakan aku dan baby sihat sejahtera hendaknya..=).insyaAllah amin...













0 comments:

Post a Comment