Sudah 3 bulan lebih aku di rantauan. Rinduku pada family semakin meluap-luap. Sedih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi itulah adat sebuah pertemuan, yang pastinya ada perpisahan. Dan, begitu jua, bila seorang perempuan atau wanita sudah berkahwin, tempatnya adalah bersama suami. Maka, di sini lah tempatnya aku sekarang, meniti hari bersama hubby tersayang menunggu bile studynya akan habis. Tidak sabar rasanya hati ini ingin pulang ke tanah air bertemu dan berpelukan dengan ayah, abang2 dan kakak2 ku.
Kak Nah, kakakku dah mula menulis komen di facebook, katanya i miss u. Dalam hatiku menjerit, i miss u too!! Kalau la dekat dah lama aku drive balik ke rumah. Mendengar suara ayah di telefon, sayup2. menitis air mata bercucuran, tapi tidak aku tunjukkan rasa sedihku. Malas buat ayah risau.
Adik sihat? tanya ayah. Mahadi mana? Soalan ayah aku jawab satu persatu. Makin banyak soalan ayah makin sebak untuk aku jawab. Aku mengubah topik, topik yang menjadi kegemaran ayah, Lembu ayah macamane? Panjang lebar jawapan ayah. Tersenyum aku mendengarnya.
Sudah la Elly, kuatkan hati..xlama dah, nak balik dah..setahun lebih je lagi!! xlama pun..